Tuesday, 25 September 2012

Pertandingan Wajadiri SCUH Kebangsaan 2012



16 Sept - Pertandingan Wajadiri Silat Cekak Ustaz Hanafi peringkat Kebangsaan 2012 telah julung kali diadakan pada 16 Sept 2012 bertempat di Kompleks Beli Belah Aeon Setiawangsa. Uniknya pertandingan kali ini ialah melibatkan penyertaan dari setiap negeri dan PSSCPUH Negeri Kedah tidak ketinggalan untuk menyertainya. Kontigen diketuai oleh En Izam Shazry bin Idris dengan peserta seramai 29 orang dan 11 orang penyokong.

Kontigen Negeri Kedah menyertai semua kategori yang dipertandingankan iaitu Kategori Persembahan penerangan, Persembahan Bermuzik dan Adegan Praktikal. Suasana ketika pertandingan amat meriah dan penuh semangat perpaduan dan patriotik. Pasukan Selangor mengondol Johan Keseluruhan dalam pertandingan tahun ini yang dianjurkan sempena Festival Kasih Budaya dan Sambutan Hari Malaysia. 

Pihak PSSCPUH Negeri Kedah mengucapkan jutaan tahniah kepada ahli kontigen yang mewakili Negeri Kedah, barisan penganjur pertandingan dan juga kepada penaja yang menaja pengangkutan. Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan.- Unit Dokumentasi dan Multimedia

Koleksi gambar lain boleh dilihat di SINI

Sunday, 23 September 2012

Ujian Sijil Rendah Persilatan 2012




8 Sept - Seramai 19 orang calon dari Negeri Kedah  menduduki ujian teori dan praktikal dalam Ujian Sijil Rendah Persilatan Silat Cekak Ustaz Hanafi bertempat di Arau, Perlis. Kontigen Kedah diketuai oleh Ketua Jabatan Ujian Sijil, En Amar b Abd Rahman. 

Ujian bermula jam 8 pagi dengan sesi taklimat mengenai komponen-komponen ujian oleh Ketua Jabatan Ujian Sijil Persekutuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia dan kemudiannya peserta mula mengambil ujian teori. Ujian praktikal bermula jam 11 pagi.

Pihak PSSCPUH Negeri Kedah mengucapkan tahniah kepada semua calon yang berani mengambil ujian SRP dan juga kepada tenaga-tenaga pengajar yang menduduki Temuduga Tenaga Pengajar yang berlangsung pada hari yang sama. Ucapan tahniah dan setinggi penghargaan juga kepada penganjur yang bertungkus lumus menjayakan program. - Unit Dokumentasi dan Multimedia

Monday, 27 August 2012

Sambutan Hari Lahir Pewaris Mutlak Silat Cekak Peringkat Negeri Kedah

Alor Setar - Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Negeri Kedah dengan kerjasama Persatuan Seni Silat Cekak KUIN telah menganjurkan majlis Sambutan Hari Lahir Pewaris Mutlak Silat Cekak, YM Syeikh Dr. Hj Md Radzi bin Hj Hanafi Al Qadahi bertempat di Dewan Santapan, Kolej Universiti INSANIAH, dekat sini.


Majlis diserikan dengan jamuan berbuka puasa dan penyampaian hadiah oleh Yang Dipertua dari Silat Cekak Ustaz Hanafi Kedah, Perlis, PSSC Kuin dan ahli -ahli lain. YM Syeikh juga sudi untuk memotong kek tanda menyempurnakan majlis.


Majlis disertai seramai 120 orang ahli termasuk dari Perlis. Pihak PSSCPUH Negeri Kedah mengucapkan selamat menyambut hari lahir kepada YM Syeikh. Semoga terus diberikan kekuatan dan kesihatan untuk memimpin Silat Cekak Ustaz Hanafi. 

Persatuan juga mengucapkan ribuan penghargaan kepada En NS Rahim dan Ustaz Farid, pegawai dari Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang turut hadir memeriahkan majlis. Tidak lupa sekalung tahniah kepada barisan ajk yang diketuai oleh Saudari Nurliyana Mohd Nizar yang komited menjayakan majlis- Unit Dokumentasi dan Multimedia.

Friday, 17 August 2012

Sunday, 12 August 2012

Jelajah Majis Eksekutif Negeri SCUH

13 Ogos 2012 - Sekretariat JOM SILAT SCUH Negeri Kedah dengan jayanya telah menganjurkan Jelajah MEN SCUH Negeri Kedah pada 10 dan 11 Ogos 2012 dengan kerjasama PSSCPUH UiTM Merbok dan PSSCPUH POLIMAS. Jelajah ini dibahagikan kepada dua Zon iaitu Zon Kedah Utara dan Zon Kedah Selatan dan antara pengisian program adalah pembentangan pelan strategik JOM SILAT Negeri Kedah, penyampaian sijil penghargaan bagi ahli-ahli yang banyak berjasa membangunkan kelas serta majlis berbuka puasa.

Dalam Siri Jelajah Zon Selatan, majlis diadakan di Titi Semeling Sungai Petani yang dihadiri seramai 40 ahli dari UiTM Kedah, IPG KSAH , PL Guar Chempedak , PL Sg Petani dan kawasan sekitar. Yang Dipertua, En Zakaria bin Mat, dalam ucapan perasmiannya memohon semua ahli di Kedah Selatan dapat melipat gandakan usaha menambah ahli bagi merealisasikan program JOM SILAT 2015 serta tidak melupakan tujuan asal belajar silat iaitu mempertahankan diri. 


Kelas Latihan POLIMAS pula menjadi tuan rumah jelajah Zon Utara yang dihadiri seramai 40 orang ahli dari kelas-kelas sekitar daerah Kubang Pasu dan Kota Setar. Naib Yang Dipertua 1, En Mohd Asri Man turut hadir merasmikan Jelajah bagi Zon Utara. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menekankan kepentingan kerjasama antara ahli lama dan ahli baru yang masih muda bagi memastikan perjuangan dan sasaran tercapai.

Pihak persatuan mengucapkan tahniah dan setinggi penghargaan kepada ahli-ahli yang banyak berjasa dalam perkembangan SCUH di negeri kedah. Mereka adalah :-

1) Munawwir bin Abd Malek
2) Syifa' bt Zaidi
3) Nurul Artika binti Md Redzuan
4) Luqman Hakim bin Zulkipli
5) Nazmin bin Shukor
6) Mohd Shahmi bin Shamsu
7) Nurliyana bt Mohd Nizar
8) Muhammad Sobri bin Abd Rashid


Tahniah kami ucapkan dan jutaan penghargaan kepada PSSCPUH UiTM Merbok dan PSSCPUH POLIMAS diatas kerjasama dan sokongan yang diberikan. JOM SILAT !! - Unit Dokumentasi dan Multimedia

Pameran SCUH di Kolej Komuniti Bandar Darul Aman

Jitra - Jabatan Komunikasi Korporat mengadakan satu pameran statik bertempat di perkarangan Kolej Komuniti Bandar Darul Aman (KKBDA) dari 30 Julai 2012 hingga 1 Ogos 2012. Pameran diadakan sempena pengambilan ahli baru untuk pelajar-pelajar KKBDA dan penduduk setempat bagi mendaftar dan seterusnya mempelajari Silat Cekak Ustaz Hanafi.


Sesi tayangan video dan soal jawab juga diadakan dan ia dikendalikan oleh ahli-ahli yang diketuai oleh Pegawai Komunikasi Korporat, En Mohd Yusof bin Ibrahim. Pameran mendapat respon yang baik bukan sahaja dari pelajar malahan dari staf dan penduduk setempat sendiri.


Pihak PSSCPUH Negeri Kedah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengarah KKBDA, Pegawai HEP, Puan Salwa dan En Ku Hafizan serta staf-staf lain di atas kerjasama yang diberikan. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang dengan penuh erat.

Bagi yang berminat mempelajari SCUH, boleh menghubungi Penyelia Kelas En Faiz (0105279994) atau mendaftar secara online di http://silatcekakhanafikedah.blogspot.com/p/organisasi.html . Pembelajaran terbuka juga kepada penduduk sekitar Jitra dan Tanah Merah.

Wednesday, 25 July 2012

Penerangan dan Persembahan SCUH Kedah (Jun dan Julai 2012)

Jabatan Komunikasi Korporat menerima banyak undangan untuk mengadakan sesi persembahan silat dan penerangan dari pelbagai pihak. Bermula pada 22 Jun 2012, skuad persembahan membuat persembahan di program Wanita Prihatin bertempat di Dewan Guru Alor Setar. Persembahan gimik perasmian dipersembahkan ketika perasmian program oleh Yang Berbahagia Toh Puan Hajah Faikah Sheikh Hamzah, isteri Menteri Besar Kedah. Program ini adalah anjuran Pertubuhan Wanita Kedah, sebuah NGO yang memperjuangkan kebajikan wanita terutama ibu tunggal.

Tanggal 24 Jun 2012, Jabatan Komunikasi Korporat  diketuai En Muhammad Yusof dijemput mengadakan penerangan mengenai SCUH di Kg Berjaya, Alor Setar. Pihak jawantankuasa kampung dengan kerjasama Masjid Kg Berjaya berhasrat mengadakan satu aktiviti yang sihat dan berfaedah kepada belia kampung.


Pada 26 Jun 2012 pula, pihak PSSCPUH UiTM Kedah menjemput Jabatan Komunikasi Korporat untuk mengadakan persembahan kepada kira-kira 300 pelajar UiTM Merbok di Program Ceramah "Penangan Cinta Adam dan Hawa" sempena pengambilan program ahli baru di sini. Program dimulakan dengan ceramah oleh penasihat persatuan, Ustaz Hadi dan seterusnya penerangan dan persembahan SCUH pada sesi kedua. Kaunter pendaftaran dan pameran SCUH juga dibuka bagi pelajar UiTM mengenali SCUH dengan lebih dekat. Walaupun baru berusia 1 tahun, dengan program yang julung kalinya diadakan serta AJK yang komitmen dan berdedikasi, harapan semoga PSSCPUH UiTM Kedah terus berkembang di masa akan datang.


Skuad persembahan dari PL Pokok Tai dan SMK Guar Chempedak pula dijemput memeriahkan program hari sukan sekolah dengan membuat persembahan di SMK Guar Chempedak pada 20 Jun 2012 dan di SMK Batu 17 pada 28 Jun 2012. Persembahan diketuai oleh En Sobri Abd Rashid dan dibantu oleh ahli-ahli lain.


Akhir sekali, pihak Jabatan mengadakan persembahan sempena Hari Ko Kurikulum SMK Mergong yang diadakan pada 18 Julai 2012. Persembahan dimeriahkan dengan persembahan parang lading oleh Penyelia Kelas merangkap guru SMK Mergong sendiri iaitu Cikgu Shamsulbadri. Khemah pameran statik dan video juga disediakan oleh ahli SCUH SMK Mergong sendiri untuk lawatan pengunjung.

Pihak Jabatan Komunikasi Korporat mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua yang berjaya mengadakan persembahan dan pameran sepanjang bulan Jun dan Julai. Semoga dengan usaha ini, kita dapat merealisasikan program JOM Silat 2015 nanti, Insya Allah. - unit Dokumentasi dan Multimedia

Thursday, 12 July 2012

Pewaris Mutlak Silat Cekak Terima Anugerah Doktor Kehormat dari Asia Pacific Open University of Martial Art (APACMA)





KUALA LUMPUR, 8 Julai 2012 – Pewaris Mutlak Silat Cekak, YM Syeikh Hj Md Radzi Bin Hj Hanafi hari ini menerima Pengurniaan Doktor Kehormat dari Asia Pacific Open University of Martial Art (APACMA).  Tetamu Kehormat, Y.bhg. Dato’ Sri Dr. Siti Zaharah Sulaiman, mantan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat telah menyampaikan anugerah itu kepada YM Syeikh Hj Md Radzi di Istiadat Majlis Konvokesyen Ke-2 Asia Pacific Open University of Martial Art di Dewan Kristal, Menara TM.
Menurut wakil APACMA, Anugerah Doktor Kehormat ini menandakan pengiktirafan pihak universiti di atas sumbangan dan komitmen tinggi YM Syeikh Hj Md Radzi dalam membangunkan dan mengembangkan seni silat khususnya Silat Cekak Ustaz Hanafi kepada masyarakat. 
YM Syeikh Hj Md Radzi mula menjalankan tanggungjawab sebagai Guru Utama Silat Cekak Ustaz Hanafi pada tahun 1993. Di bawah kepimpinan beliau banyak pencapaian yang telah dicapai dan kini beliau menerajui Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi sebagai Presiden merangkap Guru Utama. Beliau juga merupakan salah seorang ahli senat Asia Pacific Open University of Martial Art (APACMA).

Sunday, 8 July 2012

Perlancaran Logo Perayaan Jubli Emas (50 Tahun) Silat Cekak Ustaz Hanafi.

Perlancaran Logo Perayaan Jubli Emas (50 Tahun) Silat Cekak Ustaz Hanafi.



Kuala Lumpur, 4 Julai 2012 – Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia dengan rasminya telah melancarkan Logo Perayaan Jubli Emas(50 Tahun) Silat Cekak Ustaz Hanafi yang akan disambut pada tahun 2015 nanti.
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Y.A.B Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) merangkap Ketua Menteri Melaka, pada 1hb Julai 2012 di Grandball Room Hotel Flamingo,Kuala Lumpur.
Acara kemuncak Perayaan Jubli Emas (50 Tahun) Silat Cekak Ustaz Hanafi ialah Program My Silat yang akan menghimpunkan 50 ribu persilat Silat Cekak Ustaz Hanafi untuk membuat persembahan silat yang akan dicatatkan di dalam Guiness World Record bagi kategori “The Largest Martial Art Display “.
Bersama kami untuk mencatat sejarah dunia pada tahun 2015.

Wednesday, 13 June 2012

Saturday, 9 June 2012

Persembahan SCUH sempena pelancaran Jelajah Janji Ditepati oleh Perdana Menteri Malaysia

Persembahan SCUH sempena pelancaran Jelajah Janji Ditepati oleh Perdana Menteri Malaysia

Kulim - Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Negeri Kedah diberi kepercayaan oleh penganjur untuk turut bersama Perdana Menteri Malaysia di atas pentas di dalam upacara perasmian Jelajah Janji Ditepati yang berlangsung pada 8 Jun 2012 di Kulim Hi-Tech Park. 



Dalam perasmian tersebut 5 pesilat mempersembahkan Gerak Hanafi dan seorang pesilat membawa gimik perasmian untuk diserahkan kepada Perdana Menteri sekaligus menyempurnakan plak Jelajah Janji Ditepati. Kesemua pesilat yang terlibat adalah dari Pusat Latihan Pokok Tai diketuai oleh Muhd Sobri Abd Rashid.

Pihak persatuan mengucapkan jutaan penghargaan kepada ahli-ahli dari PL Pokok Tai yang menjayakan persembahan ini walaupun dimaklumkan dalam tempoh yang singkat. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada saudara Wan Rathor Wan Rathi yang banyak berkomunikasi  dan "setting" persembahan dengan pihak penganjur. 

*gambar akan diupload sedikit masa lagi.

Sunday, 20 May 2012

Pameran sempena Hari Belia Negara peringkat Negeri Kedah DA

Alor Setar - Jabatan Komunikasi Korporat diketuai oleh Pegawai Operasi, En Izam Shazry bin Idris telah berjaya mengadakan pameran dan promosi Silat Cekak Ustaz Hanafi bersempena Karnival Hari Belia Negara peringkat Negeri Kedah DA pada 17 hingga 19 Mei 2012. Sepanjang pameran, turut diserikan dengan tayangan video dan penerangan kepada pengunjung-pengunjung karnival.


Sambutan amat baik diberikan oleh pengunjung. Beberapa ahli yang pernah belajar semasa zaman Allahyarham Cikgu Zulkifli selaku YDP pertama juga hadir memeriahkan suasana. Pegawai Komunikasi Korporat juga telah menjalinkan hubungan baik dengan beberapa NGO yang berminat untuk mewujudkan kelas persilatan sebagai salah satu aktiviti kebudayaan mereka.


Pihak Jabatan Komunikasi Korporat mengucapkan jutaan terima kasih di atas kunjungan pelawat-pelawat, En Aizad Roslan dan En Saharol dari Majlis Belia Negeri Kedah dan semua ahli-ahli yang terlibat sepanjang pameran ini di adakan. koleksi gambar boleh dilihat di SINI

Wednesday, 16 May 2012

Hari Belia 2012 peringkat Negeri Kedah 2012

[INFO] Jabatan Komunikasi Korporat Silat Cekak Ustaz Hanafi Negeri Kedah akan mengadakan pameran Silat Cekak Ustaz Hanafi seperti butiran berikut :-

Program : Karnival Hari Belia 2012 peringkat Negeri Kedah 2012 
Tarikh : 17-19 Mei 2012 
Tempat : Stadium Darul Aman (Booth No A027). 

Pendaftaran ahli baru dibuka sepanjang pameran. Jemput Hadir beramai-ramai dan sila SEBARKAN kepara rakan taulan/sahabat handai. TQ

Tuesday, 15 May 2012

Selamat Hari Guru 2012

Selamat Hari Guru diucapkan kepada 
YM Syeikh Hj Md Radzi bin Ustaz Hj Hanafi Al-Qadahi 
dan semua ahli SCUH 
yang bergelar warga Pendidik,cikgu, trainer, fasilitator, mentor dll. 
Jasamu sentiasa dikenang :)


Video dedikasi khas hasil karya IProduksi
http://www.facebook.com/pages/IProduksI/248617395234703

Tuesday, 1 May 2012

Froum Jenayah dan Wanita UUM




Pada tanggal 27 april 2012, bertempat di dewan kuliah A, Pusat KonvensyenUniversiti Utara Malaysia, satu persembahan Silat Cekak  Ustaz Hanafi telah diadakan dengan jayanya. Persembahan ini diadakan bersempena dengan program Forum Jenayah dan Wanita. Program initelah dianjurkan oleh KelabNasyidUniversiti Utara Malaysia. Persembahan SCUH telah dijayakanoleh seramai 12 ahli krew JOM SILAT.



Disamping itu juga Setiausha Persatuan Sen iSilat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Negeri Kedah telah dijemput untuk menjadiahli panel dalam forum tersebut.Terimakasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam menjayakan persembahan tersebut dan terima kasih juga kepada Kelab Nasyid Universiti Utara Malaysia atas jemputan tersebut. JomSilat - Unit Dokumentasi, Jabatan Komunikasi Korporat.


Thursday, 26 April 2012



SUNGAI PETANI - Program JOM PAKAT KENDURI telah berjaya diadakan pada 26 April 2012 bertempat di rumah NYDP 2 PSSCPUH Negeri Kedah, En Anizat Bin Ahmad, Bandar Laguna Merbok Sg Petani Kedah. Sambutan sederhana tetapi meriah itu telah dihadiri oleh kira-kira 20 orang ahli yang turut disertai oleh YDP PSSCPUH Negeri Kedah En Zakaria Bin Mat seisi keluarga.



YDP PSSCPUH Negeri Kedah En Zakaria Mat (dua dari kiri) dan NYDP 2  En Anizat Ahmad (paling kiri) bersama sebahagian daripada ahli-ahli yang hadir




Program yang bermula pada jam 9:30 malam itu telah dimulai dengan bacaan tahlil ringkas yang diketuai oleh En Shahrin Bin Mustapa. 




Sesi seterusnya telah disempurnakan oleh En Anizat Bin Ahmad dengan berkongsi pengalaman dan tiupan kata-kata semangat supaya hadirin terus aktif menyumbangkan bakti kepada perjuangan silat ini.





Selepas itu hadirin telah dihidangkan dengan jamuan yang enak oleh tuan rumah En Anizat Bin Ahmad. 



Monday, 23 April 2012

Wednesday, 11 April 2012

Amaran Tsunami di Malaysia

Assalamualaikum kepada ahli ahli SCUH di Utara semenanjung dan seluruh Malaysia. Mohon ambil perhatian mengenai amaran tsunami yang dikeluarkan.


"Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9:11 PM dan Port Dickson pada 2:10 AM. 

SEKIRANYA TSUNAMI BERLAKU : Jauhkan diri anda dari pantai. "





SILA ALERT KEPADA SAUDARA MARA DAN RAKAN_RAKAN.

Terima kasih.

Monday, 9 April 2012

Wajadiri SCUH 2012 Negeri Sembilan

7 April 2012 - Pertandingan Wajadiri tahun ini dianjurkan oleh Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Negeri Kedah berjaya menghimpunkan lebih 4000 pesilat dari seluruh negara. SCUH Kedah tidak ketinggalan menghantar lapan kontigen untuk turut sama memeriahkan acara tahunan ini.


Bertempat di Center Court, Paroi Jaya, hampir 80 kontinjen  dari seluruh Malaysia mengambil bahagian bermula jam 9 pagi dan berakhir kira-kira 5.30 petang. Pihak PSSCPHNK mengucapkan tahniah kepada kontigen SMK Guar Chempedak yang berjaya membawa balik pingat emas dalam kategori Serangan Kaki (Lelaki). Ucapan tahniah diucapkan kepada kontigen lain kerana berani mengambil bahagian seperti mana ucapan YDP

"Terima kasih kepada semua kontigen (peserta dan pengiring peserta ) dari Kedah yang terlibat dalam Kejohanan Wajadri Peringkat IPT dan Sekolah di Kompleks Sukan Paroi. Tahniah kepada pemenang pingat. Tahniah juga kepada semua peserta yang berani membuat persembahan. Teruskan perjuangan di Negeri Kelantan Tahun 2013 dan Negeri Sabah Tahun 2014."



Keistimewaan tahun ini juga adalah dengan kesudian YTM Dato Undang Sungei Ujong yang sudi mencemar kaus merasmikan penutupan pertandingan.  Ini adalah julung-julung kalinya kerabat diraja hadir di dalam program anjuran SCUH.

Tahun 2013 menyaksikan Negeri Kelantan dipilih menjadi tuan rumah dan diumumkan juga Tahun 2014 , Negeri Sabah dipilih menjadi tuan rumah. Menjadi harapan PSSCPHNK agar semua kontigen dapat bersedia untuk tahun yang mendatang. JOM SILAT!

Ujian Kemahiran Kelas Ko Kurikulum Silat Cekak Ustaz Hanafi

Ujian Kemahiran Kelas Ko Kurikulum Silat Cekak Ustaz Hanafi

30 Mac 2012 - Seramai 21 pelajar yang mengikuti kursus ko kurikulum SCUH telah berjaya menempuh ujian Kemahiran SCUH yang dianjurkan oleh Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi Kedah dan Pusat Ko Kurikulum Kolej Universiti INSANIAH. Ujian ini adalah sebahagian dari markah yang akan dikira dan digredkan berdasarkan sistem pengredan akademik KUIN. 



Disamping itu juga, ujian ini bertujuan menaikkan aras keyakinan para pelajar dalam menghadapi serangan musuh tatkala waktu kecemasan. Ujian ini diketuai oleh Cikgu Shamsulbadri Ishak, Penyelia Kelas KUIN dibantu oleh 5 tenaga penguji dari kalangan tenaga pengajar KUIN. Cikgu Shamsulbadri dalam ucapan penutup menekankan pentingnya sesorang itu memahirkan diri dalam semua buah yang diajar dan bersedia mengaplikasikannya ketika kecemasan.



Di majlis yang sama, beliau turut menyampaikan Sijil Lulus dan Sijil Lulus (Kepujian) kepada calon-calon yang telah menduduki Ujian Teori Satu (Silat Cekak Ustaz Hanafi) dan Ujian Teori Dua (Tahyul dan Khurafat). 


Ujian ini ditawarkan oleh Jabatan Pelajaran dan Latihan PSSCPHNK kepada pesilat di peringkat asas dan jatuh bagi lebih memahami dan menghayati matlamat utama Silat Cekak Ustaz Hanafi. 



Koleksi gambar boleh dilihat di SINI

Wednesday, 21 March 2012


PROGRAM JOM SIHAT SILAT : MENDAKI GUNUNG JERAI


Yan - Bagi menjayakan program Jom Sihat Silat peringkat negeri Kedah Darul Aman, pihak Persatuan Seni Silat Cekak Kolej Universiti INSANIAH (PSSCKUIN) dengan kerjasama SCUH Kedah telah berjaya menakluk Gunung Jerai pada 10 Mac 2012 yang lepas.

Dengan penyertaan daripada ahli-ahli SCUH Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Kolej Universiti INSANIAH, Universiti Teknologi MARA Merbok, Institut Pendidikan Guru Sultan Abdul Halim Kampus Sg Petani dan SMK Dulang, pendakian selama 6 jam tersebut tidak mematahkan semangat mereka bagi merealisasikan program tersebut.


Peserta bergambar di Tangga Kenari sebelum mendaki Gunung Jerai


Yang Dipertua SCUH Kedah, En Zakaria Bin Mat dalam kenyataannya menyatakan program sebegini diadakan bagi meningkatkan ukhuwah di kalangan peserta program disamping mendidik erti semangat berpasukan bagi meneruskan kesinambungan perjuangan SCUH di negeri Kedah khususnya.
   

Sunday, 4 March 2012

PERUTUSAN YANG DIPERTUA


PERUTUSAN YANG DIPERTUA 2012

Syukur ke hadrat Allah S.W.T. dengan limpah dan kurnia-Nya telah mengizinkan kita bersama-sama menghadiri Mesyuarat Agung pada hari ini. Saya bagi pihak persatuan mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang sudi datang dari jauh mahupun dekat untuk Mesyuarat Agung kali ini.  

Sebagai ahli persatuan, adalah menjadi kewajipan kita untuk hadir di dalam mesyuarat agung. Tanggungjawab ahli juga untuk membayar yuran tahunan, menambah ahli baru, memperkasakan persatuan hingga disegani lawan dan kawan serta menghadiri semua program anjuran persatuan. Kita juga mesti faham tentang perjuangan persatuan yang utama iaitu untuk untuk mendaulat dan menanam rasa cinta kepada kebudayaan pusaka asli bangsa Melayu selaras dengan teras dasar kebudayaan kebangsaan 

Seseorang ahli silat pula, kita mestilah mahir dalam semua pelajaran Silat Cekak. Ahli silat juga mesti faham asas-asas tauhid, tahyul dan khurafat serta jelas mengenai sanad atau salasilah perguruan. Bagi melengkapkan ahli silat, beliau juga mesti menghayati dan mengamalkan kesemua pantang larang yang ada di dalam Silat Cekak.

Kombinasi sebagai ahli persatuan dan ahli silat yang ada pada kita oleh YM Guru Utama telah mendidik kita melengkapkan diri menempuh dunia dan akhirat melalui “jalan silat”. Jika mahir bab persatuan, kita di didik sentiasa bekerja keras, beramanah,  bertanggungjawab serta komitmen yang tinggi dalam melaksanaakan tugas. Jika mahir bab persilatan, kita dididik dengan asuhan Iman, Islam dan Ihsan, menjadi manusia yang mempunyai akhlak yang murni  serta taat kepada tiga insan paling berjasa iaitu Guru, Ibu dan Bapa.

Begitu cantik apa yang telah diigarapkan olehYM Allahyarham Ustaz Hj. Hanafi bin Hj. Ahmad  dan diteruskan oleh YM Guru Utama. Kombinasi yang pada pandangan saya dapat mempersiapkan diri kita jasmani dan rohani. Luaran dan dalaman. Inilah yang dikatakan modal insan cara “orang silat”.  Setiap elemen iaitu elemen persatuan dan persilatan hendaklah diseimbangkan hingga menjadi sebati dengan darah daging kita yang perlu kita amalkan bersunguh-sungguh dalam kehiupan kita.

Semoga dengan asuhan dari kombinasi yang terbaik ini dapat menyediakan diri kita menyahut  panggilan YM Guru Utama ke “The Largest Martial Art Display” pada tahun 2015.  Satu program persembahan terbesar di dunia yang mempunyai serampang tiga mata iaitu memperkenalkan SCUH secara total, menguburkan musuh diluar dan didalam dan menjadikan SCUH sebagai silat nasional.

Saya menyeru kepada semua ahli, buktikanlah bahawa  SCUH mampu mencatat sejarah dunia pada tahun 2015. Buktikan juga Silat Melayu mempunyai tinggi mutunya yang setanding dengan seni bela diri luar. Marilah kita menjayakan segala agenda yang diilhamkan oleh YM Guru Utama dengan slogan “1 SUARA 1 HATI” demi untuk memertabatkan silat kita kepuncak kegemilangan warisan Melayu “Tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas". Sekian, terima kasih.


Zakaria bin Mat
Yang Dipertua
Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi Negeri Kedah

Saturday, 18 February 2012

Kem Wajadiri SM Jenan 2012

WANG TEPUS - Seramai 57 pelajar Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra telah berkampung di Kem D'Tepus bagi menjayakan program Kem Wajadiri. Kem ini disertai oleh anggota Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi SM Jenan dan Kelab Taekwando SM Jenan. Kem berlangsung sepanjang dua hari iaitu pada 17 dan 18 Februari 2012.


Objektif utama kem ini adalah sebagai orientasi kepada pelajar-pelajar tingkatan satu yang menyertai kelab dan merapatkan silaturahim antara dua kelab paling aktif di SM Jenan. Antara modul pengisian kem adalah jungle trekking, memancing, kuliah maghrib dan modul LDK iaitu Teknik Persembahan.


Di pihak Silat Cekak Ustaz Hanafi, modul persembahan dikendalikan oleh Ketua Unit Persembahan, En Izam Shazry bin Idris dan dibantu oleh En Mohd Lutfi bin Radzi dan En Yusof bin Ibrahim. Beberapa teknik persembahan dikongsikan termasuk aspek raut wajah, ekspressi muka dan teknik fokus dalam persembahan. 



Pihak PSSCPHNK mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Rabitah Abd Wahab dan Cikgu Rosmawati, guru penasihat persatuan diatas kesudian menganjurkan kem ini. Koleksi gambar boleh diliha di SINI .

Pertandingan Bowling SCUH Zon Utara 2012

PERAI - Satu pertandingan bowling telah dianjurkan oleh Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi Pulau Pinang bertempat di Megamall Prai. Disertai lebih 21 kumpulan dari seluruh Negeri Pulau Pinang, Perak dan Kedah. PSSCPHNK diwakili oleh 4 kumpulan iaitu Team Tangan Emas mewakili Majlis Pengurusan Negeri, Team ZAS, Srikandi Terakhir Melayu dan Running Man dari UiTM Kedah.


Pembukaan perasmian dirasmikan oleh Tuan Shahrulnizam Jantan dan perasmian penutup oleh Tuan Jamaluddin bin Hj Hanafi. Dalam ucapan penutup, Tuan Jamaluddin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur dan semua yang menyertai. Program sebegini amat bagus diteruskan bagi mengeratkan silaturrahim dan meningkatkan kecergasan pesilat.


Pihak PSSCPHNK mengucapkan tahniah kepada En Wan Khairulnaim bin Wan Harun yang memenangi kategori Jatuhan Pin Tertinggi dan Team Tangan Emas yang menjadi Naib Johan keseluruhan. Yang Dipertua PSSCPH Pulau Pinang dalam pertemuan berkata program ini boleh dijadikan acara tahunan memandangkan sambutan yang memuaskan.Tahniah buat penganjur dan para pemenang. Koleksi gambar pertandingan sini



Keputusan Penuh Pertandingan Bowling Tenpin SCUH Zon Utara 2012


Johan - Pelepah Pinang (SCUH P.Pinang)
Naib Johan - Tangan Emas (SCUH Kedah)
Ketiga - Silver Lading Lintau (SCUH Perak)


Jatuhan Pin TertinggiPelepah Pinang (SCUH P.Pinang)
Jatuhan Pin Tertinggi (Individu) - Wan Khairulnaim Wan Harun (Tangan Emas-SCUH Kedah)
Anugerah Khas Semangat Juang Tertinggi - Jangan Buli Kami (SCUH P.Pinang)

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1433H


ALOR SETAR - Usaha untuk mendekatkan lagi Silat Cekak Ustaz Hanafi (SCUH), terus digiatkan lagi dengan Program Sambutan Maulidurrasul 1433H di Masjid Rafeah, Taman Uda , Alor Setar pada 18 Februari  2012.

SCUH Kedah diketuai Pegawai Komunikasi  En Ahmad Faiz bersama ahli-ahli SCUH KUIN bergambar  bersama Jawatankuasa Kariah Masjid Taman Uda pada sesi sebelah pagi sambutan

Sebahagian daripada penduduk setempat yang hadir 

Sambutan bermula dari jam 8:30 pagi hingga 9:00 malam disertai kira-kira 300 orang yang terdiri daripada ahli-ahli SCUH dan penduduk setempat. Aktiviti pertandingan azan iqamat, khutbah, marhaban, perarakan dan ceramah telah memeriahkan lagi sambutan tersebut.

Perarakan Sambutan Maulidurrasul yang disertai kira-kira 50 orang

Pihak Jawatankuasa Kariah Masjid juga telah melahirkan rasa gembira dengan sumbangan kambing aqiqah daripada SCUH Kedah pada program tersebut. 


Wednesday, 15 February 2012

Mini Karnival JOM SILAT(tm) Kolej Universiti INSANIAH



ALOR SETAR -  Dengan idea yang bernas dari  barisan muda SCUH KUIN, satu program yang dinamakan Mini Karnival JOM SILAT (tm) berjaya dianjurkan pada 8 Januari 2012 di dalam suasana sederhana tetapi meriah di Dewan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Kolej Universiti INSANIAH (KUIN)


Program ini diserikan dengan demonstrasi Jom SILAT Crew KUIN, pameran dari kelab-kelab di dalam KUIN, pameran senjata, gerai-gerai jualan, persembahan nasyid, tiupan seruling, deklamasi sajak dan sesi forum bertajuk Relevannya Silat dari Kacamata Islam.  

Gambar-gambar sekitar Mini Karival Jom Silat (tm) KUIN yang sempat dirakam

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Komunikasi SCUH Kedah, Encik Ahmad Faiz Bin Abdullah Sani.

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada Persatuan Seni Silat Cekak Kolej Universiti INSANIAH diatas komitmen yang diberikan. Semoga Silat Cekak Ustaz Hanafi akan terus berkembang di bumi bertuah Negeri Kedah, khususnya.

Persembahan Silat Cekak Ustaz Hanafi di 8th International Booktown Festival, Langkawi


LANGKAWI - Silat Cekak Ustaz Hanafi (SCUH) Negeri Kedah telah diberikan penghormatan untuk membuat persembahan pembukaan rasmi 8th International Booktown Festival bersempena Mesyuarat Agung Tahunan International Organisation of Booktowns di Kampung Buku Langkawi dari 13 hingga 16 Februari 2012. Pameran dan persidangan selama empat hari telah diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya demo silat SCUH, pameran, seminar, pertandingan sajak, pertandingan bercerita peringkat sekolah dan 'Book Hunt' selain pameran koleksi bacaan daripada peserta. 



Jom SILAT Crew KUIN bersama Pengarah HEP KUIN Ustaz Baihakhi ( berdiri lima dari kiri), Pengurus Asrama KUIN Stargate En Musa dan Pegawai Komunikasi SCUH Kedah En Ahmad Faiz

Seramai 12 orang ahli Silat Cekak Ustaz Hanafi  dari Kolej Universiti INSANIAH telah mempamerkan demonstrasi silat sehingga mengagumkan para peserta yang terdiri dari delegasi luar negara, pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri  dan penduduk tempatan. YAB Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Setia Diraja Dato’ Seri Azizan Abdul Razak telah menyempurnakan upacara perasmian tersebut.


YAB Menteri Besar ketika hadir ke majlis perasmian 

YAB Menteri Besar sedang menyampaikan ucapan perasmian
Semoga dengan demonstrasi Silat Cekak Ustaz Hanafi ini dapat membuka ruang dan peluang kearah pembukaan kelas latihan di Langkawi, khususnya.



Persembahan Silat Cekak Ustaz Hanafi di Program Teratak Melayu di RTM Kuala Kedah


KUALA KEDAH - Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi KUIN telah dijemput untuk mengadakan persembahan dalam satu program dinamakan "Teratak Melayu". Seramai 13 pesilat telah menjayakan persembahan tersebut.

Program adalah anjuran Diploma Pengurusan Pejabat, Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar bertempat di Dewan Besar, Radio dan Television Malaysia Kuala Kedah. Tahniah diucapkan kepada JOM SILAT CREW KUIN.

.
Jom Silat Crew KUIN bergambar bersama Pensyarah Kolej PolyTech MARA, En Syukran, YDP SCUH Kedah, En Zakaria Mat, Pengarah Program dan Jemputan Khas, Ustaz Baihakhi dari KUIN.