Sunday 12 August 2012

Jelajah Majis Eksekutif Negeri SCUH

13 Ogos 2012 - Sekretariat JOM SILAT SCUH Negeri Kedah dengan jayanya telah menganjurkan Jelajah MEN SCUH Negeri Kedah pada 10 dan 11 Ogos 2012 dengan kerjasama PSSCPUH UiTM Merbok dan PSSCPUH POLIMAS. Jelajah ini dibahagikan kepada dua Zon iaitu Zon Kedah Utara dan Zon Kedah Selatan dan antara pengisian program adalah pembentangan pelan strategik JOM SILAT Negeri Kedah, penyampaian sijil penghargaan bagi ahli-ahli yang banyak berjasa membangunkan kelas serta majlis berbuka puasa.

Dalam Siri Jelajah Zon Selatan, majlis diadakan di Titi Semeling Sungai Petani yang dihadiri seramai 40 ahli dari UiTM Kedah, IPG KSAH , PL Guar Chempedak , PL Sg Petani dan kawasan sekitar. Yang Dipertua, En Zakaria bin Mat, dalam ucapan perasmiannya memohon semua ahli di Kedah Selatan dapat melipat gandakan usaha menambah ahli bagi merealisasikan program JOM SILAT 2015 serta tidak melupakan tujuan asal belajar silat iaitu mempertahankan diri. 


Kelas Latihan POLIMAS pula menjadi tuan rumah jelajah Zon Utara yang dihadiri seramai 40 orang ahli dari kelas-kelas sekitar daerah Kubang Pasu dan Kota Setar. Naib Yang Dipertua 1, En Mohd Asri Man turut hadir merasmikan Jelajah bagi Zon Utara. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menekankan kepentingan kerjasama antara ahli lama dan ahli baru yang masih muda bagi memastikan perjuangan dan sasaran tercapai.

Pihak persatuan mengucapkan tahniah dan setinggi penghargaan kepada ahli-ahli yang banyak berjasa dalam perkembangan SCUH di negeri kedah. Mereka adalah :-

1) Munawwir bin Abd Malek
2) Syifa' bt Zaidi
3) Nurul Artika binti Md Redzuan
4) Luqman Hakim bin Zulkipli
5) Nazmin bin Shukor
6) Mohd Shahmi bin Shamsu
7) Nurliyana bt Mohd Nizar
8) Muhammad Sobri bin Abd Rashid


Tahniah kami ucapkan dan jutaan penghargaan kepada PSSCPUH UiTM Merbok dan PSSCPUH POLIMAS diatas kerjasama dan sokongan yang diberikan. JOM SILAT !! - Unit Dokumentasi dan Multimedia

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.