Wednesday, 15 February 2012

Persembahan Silat Cekak Ustaz Hanafi di 8th International Booktown Festival, Langkawi


LANGKAWI - Silat Cekak Ustaz Hanafi (SCUH) Negeri Kedah telah diberikan penghormatan untuk membuat persembahan pembukaan rasmi 8th International Booktown Festival bersempena Mesyuarat Agung Tahunan International Organisation of Booktowns di Kampung Buku Langkawi dari 13 hingga 16 Februari 2012. Pameran dan persidangan selama empat hari telah diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya demo silat SCUH, pameran, seminar, pertandingan sajak, pertandingan bercerita peringkat sekolah dan 'Book Hunt' selain pameran koleksi bacaan daripada peserta. 



Jom SILAT Crew KUIN bersama Pengarah HEP KUIN Ustaz Baihakhi ( berdiri lima dari kiri), Pengurus Asrama KUIN Stargate En Musa dan Pegawai Komunikasi SCUH Kedah En Ahmad Faiz

Seramai 12 orang ahli Silat Cekak Ustaz Hanafi  dari Kolej Universiti INSANIAH telah mempamerkan demonstrasi silat sehingga mengagumkan para peserta yang terdiri dari delegasi luar negara, pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri  dan penduduk tempatan. YAB Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Setia Diraja Dato’ Seri Azizan Abdul Razak telah menyempurnakan upacara perasmian tersebut.


YAB Menteri Besar ketika hadir ke majlis perasmian 

YAB Menteri Besar sedang menyampaikan ucapan perasmian
Semoga dengan demonstrasi Silat Cekak Ustaz Hanafi ini dapat membuka ruang dan peluang kearah pembukaan kelas latihan di Langkawi, khususnya.



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.