Monday 27 August 2012

Sambutan Hari Lahir Pewaris Mutlak Silat Cekak Peringkat Negeri Kedah

Alor Setar - Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Negeri Kedah dengan kerjasama Persatuan Seni Silat Cekak KUIN telah menganjurkan majlis Sambutan Hari Lahir Pewaris Mutlak Silat Cekak, YM Syeikh Dr. Hj Md Radzi bin Hj Hanafi Al Qadahi bertempat di Dewan Santapan, Kolej Universiti INSANIAH, dekat sini.


Majlis diserikan dengan jamuan berbuka puasa dan penyampaian hadiah oleh Yang Dipertua dari Silat Cekak Ustaz Hanafi Kedah, Perlis, PSSC Kuin dan ahli -ahli lain. YM Syeikh juga sudi untuk memotong kek tanda menyempurnakan majlis.


Majlis disertai seramai 120 orang ahli termasuk dari Perlis. Pihak PSSCPUH Negeri Kedah mengucapkan selamat menyambut hari lahir kepada YM Syeikh. Semoga terus diberikan kekuatan dan kesihatan untuk memimpin Silat Cekak Ustaz Hanafi. 

Persatuan juga mengucapkan ribuan penghargaan kepada En NS Rahim dan Ustaz Farid, pegawai dari Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang turut hadir memeriahkan majlis. Tidak lupa sekalung tahniah kepada barisan ajk yang diketuai oleh Saudari Nurliyana Mohd Nizar yang komited menjayakan majlis- Unit Dokumentasi dan Multimedia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.