CIRI-CIRI
PERSILATAN
Silat Cekak Ustaz Hanafi ialah sejenis silat bela diri
yang benar-benar asli, bukannya sejenis silat permainan atau Silat Olahraga. Silat
Cekak Ustaz Hanafi mempunyai kaedah-kaedah yang tetap dengan mempunyai buah-buah
pukulan dan kunci-kunci tangkapan yang cukup dan kemas. Pergerakan dan sistem
silat ini adalah berasaskan gerak geri semulajadi manusia yang berdasarkan
fikiran yang sihat, jiwa yang tenang dan nyata kesesuaiannya dengan prinsip
agama Islam.
Pelajarannya lebih menitikberatkan aspek
mempertahankan diri supaya pesilat terlatih dengan keberanian, bukan keganasan
atau menceroboh. Hanya bila terpaksa demi keselamatan diri barulah Silat Cekak
Ustaz Hanafi menyerang. Silat Cekak Ustaz Hanafi menunggu serangan dengan
berdiri lurus (pendirian normal manusia) dan tidak mengelak ke kiri dan ke
kanan bahkan mara ke hadapan di dalam gerak yang satu, makan gerak dalam gerak,
sebab sebenarnya hakikat Silat Cekak Ustaz Hanafi ialah Silat Gerak.
Yang paling istimewa dan ganjil sekali di dalam kaedah
serangannya; dikala ia menyerang dan jika musuh mengelak, pasti kena dan
sekiranya ditepis pula pasti dimakannya. Tambahan pula sambil menyerang ia
dapat menangkap (Cekak menyerang, Cekak menangkap). Penuntut-penuntut menangkis
pukulan dan tikaman senjata-senjata dengan tangan kosong sahaja. Matlamat Silat
Cekak Ustaz Hanafi ialah menangkis pukulan senjata-senjata sambil dapat
merampas senjata lawan.
CIRI-CIRI
PEMBELAJARAN
Silat Cekak Ustaz Hanafi diajar secara ilmiah dalam
bentuk pakej yang sistematik. Dalam kaedah biasa, pakej sehingga tamat silat
ini dapat disempurnakan di dalam tempoh 7 bulan. Tempoh pembelajaran ini boleh
diselaraskan dengan keperluan sesuatu kelas ataupun kokurikulum seperti di
sekolah – sekolah atau di pusat-pusat pengajian tinggi. Selapas tamat, penuntut
-penuntut boleh meningkatkan kemahiran dengan mengikuti kelas-kelas kemahiran
yang diadakan dari masa ke semasa.
Sebagai silat yang berasaskan gerakan semualajadi
manusia, ianya tidak memerlukan kekuatan fizikal dan tenaga yang luar biasa
untuk mengalahkan musuh. Kaedah pembelajaran bersistematik ini, membolehkan
penuntut mengamalkan ilmu mempertahankan diri secara praktikal dan efisien. Dengan
kaedah-kaedah yang ringkas dan efektif, silat ini boleh diguna di mana-mana
sahaja walaupun di atas papan sekeping.
PERINGKAT PEMBELAJARAN SILAT CEKAK
Peringkat KAEDAH & ASAS
Pada peringkat asas ini para penuntut akan diajar 4 kaedah asas dan juga buah – buah asas Silat Cekak sebanyak 20 buah kesemuanya. Jangkamasa pembelajaran selalunya mengambil masa selama sebulan hingga dua bulan.
Peringkat JATUH
Peringkat seterusnya adalah peringkat buah jatuh yakni peringkat dimana para penuntut akan diajar cara – cara untuk menghabiskan buah asas dan juga pecahan – pecahannya. Jangkamasa pembelajaran adalah lebih kurang sebulan hingga sebulan setengah.
Peringkat POTONG
Selepas selesai mempelajari peringat buah jatuh, para pesilat akan masuk ke peringkat potong.Sebelum penuntut dibenarkan untuk mengikuti matapelajaran peringkat potong, mereka dikehendaki untuk sekali lagi melalui proses pengijazahan bersama Guru Utama.
Peringkat potong adalah peringkat dimana para penuntut akan diajar cara untuk memotong buah – buah yang telah dipelajari pada peringkat jatuh. Pada peringkat ini juga, para pelajar akan diajar 2 mata pelajaran untuk menangkis serangan pisau. Jangkamasa pembelajaran dalam peringkat potong adalah lebih kurang 2 bulan.
Peringkat TAMAT
Setelah selesai memperlajari buah – buah potong, para penuntut akan sekali lagi diijazahkan oleh Guru Utama bagi menandakan penuntut itu telah memasuki peringkat tamat.
Pada peringkat tamat, para penuntut akan diajar teknik 6 tolak 6 yakni satu teknik di mana sekiranya terjadi pergaduhan di antara 2 penuntut Silat Cekak, kedua-dua ahli ini tidak dapat mengalahkan diantara satu sama lain menjadikan keputusannya seri. Teknik ini menjadi bukti secara praktikal sumpah ke empat dalam Silat Cekak dimana ahli sesama ahli tidak boleh bergaduh.
Di peringkat ini juga para penunut akan diajar cara – cara untuk menyerang dan juga aplikasinya. Pada peringkat tamat ini juga para penuntut akan diajar cara-cara untuk menangkis pelbagai jenis serangan termasuk serangan senjata, kaki dan tongkat.
NILAI-NILAI
MURNI SILAT CEKAK HANAFI
- Menanam semangat percayakan diri sendiri (keyakinan diri) di mana kitalah yang bertanggungjawab menjaga diri sendiri.
- Membentuk peribadi untuk sentiasa mengenang jasa dan membalas budi terutama kepada guru, ibu, bapa dan masyarakat.
- Menganjurkan semangat setiakawan, perpaduan dan semangat berpasukan.
- Melahirkan penuntut yang mempunyai sifat-sifat keberanian, bercakap benar, beramanah dan bijaksana.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.