Sunday 12 August 2012

Pameran SCUH di Kolej Komuniti Bandar Darul Aman

Jitra - Jabatan Komunikasi Korporat mengadakan satu pameran statik bertempat di perkarangan Kolej Komuniti Bandar Darul Aman (KKBDA) dari 30 Julai 2012 hingga 1 Ogos 2012. Pameran diadakan sempena pengambilan ahli baru untuk pelajar-pelajar KKBDA dan penduduk setempat bagi mendaftar dan seterusnya mempelajari Silat Cekak Ustaz Hanafi.


Sesi tayangan video dan soal jawab juga diadakan dan ia dikendalikan oleh ahli-ahli yang diketuai oleh Pegawai Komunikasi Korporat, En Mohd Yusof bin Ibrahim. Pameran mendapat respon yang baik bukan sahaja dari pelajar malahan dari staf dan penduduk setempat sendiri.


Pihak PSSCPUH Negeri Kedah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengarah KKBDA, Pegawai HEP, Puan Salwa dan En Ku Hafizan serta staf-staf lain di atas kerjasama yang diberikan. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang dengan penuh erat.

Bagi yang berminat mempelajari SCUH, boleh menghubungi Penyelia Kelas En Faiz (0105279994) atau mendaftar secara online di http://silatcekakhanafikedah.blogspot.com/p/organisasi.html . Pembelajaran terbuka juga kepada penduduk sekitar Jitra dan Tanah Merah.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.