Kulim - Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Negeri Kedah diberi kepercayaan oleh penganjur untuk turut bersama Perdana Menteri Malaysia di atas pentas di dalam upacara perasmian Jelajah Janji Ditepati yang berlangsung pada 8 Jun 2012 di Kulim Hi-Tech Park.
Dalam perasmian tersebut 5 pesilat mempersembahkan Gerak Hanafi dan seorang pesilat membawa gimik perasmian untuk diserahkan kepada Perdana Menteri sekaligus menyempurnakan plak Jelajah Janji Ditepati. Kesemua pesilat yang terlibat adalah dari Pusat Latihan Pokok Tai diketuai oleh Muhd Sobri Abd Rashid.
Pihak persatuan mengucapkan jutaan penghargaan kepada ahli-ahli dari PL Pokok Tai yang menjayakan persembahan ini walaupun dimaklumkan dalam tempoh yang singkat. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada saudara Wan Rathor Wan Rathi yang banyak berkomunikasi dan "setting" persembahan dengan pihak penganjur.
*gambar akan diupload sedikit masa lagi.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.