Tuesday 25 September 2012

Pertandingan Wajadiri SCUH Kebangsaan 2012



16 Sept - Pertandingan Wajadiri Silat Cekak Ustaz Hanafi peringkat Kebangsaan 2012 telah julung kali diadakan pada 16 Sept 2012 bertempat di Kompleks Beli Belah Aeon Setiawangsa. Uniknya pertandingan kali ini ialah melibatkan penyertaan dari setiap negeri dan PSSCPUH Negeri Kedah tidak ketinggalan untuk menyertainya. Kontigen diketuai oleh En Izam Shazry bin Idris dengan peserta seramai 29 orang dan 11 orang penyokong.

Kontigen Negeri Kedah menyertai semua kategori yang dipertandingankan iaitu Kategori Persembahan penerangan, Persembahan Bermuzik dan Adegan Praktikal. Suasana ketika pertandingan amat meriah dan penuh semangat perpaduan dan patriotik. Pasukan Selangor mengondol Johan Keseluruhan dalam pertandingan tahun ini yang dianjurkan sempena Festival Kasih Budaya dan Sambutan Hari Malaysia. 

Pihak PSSCPUH Negeri Kedah mengucapkan jutaan tahniah kepada ahli kontigen yang mewakili Negeri Kedah, barisan penganjur pertandingan dan juga kepada penaja yang menaja pengangkutan. Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan.- Unit Dokumentasi dan Multimedia

Koleksi gambar lain boleh dilihat di SINI

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.