PERUTUSAN
YANG DIPERTUA 2012
Syukur
ke hadrat Allah S.W.T. dengan limpah dan kurnia-Nya telah mengizinkan kita
bersama-sama menghadiri Mesyuarat Agung pada hari ini. Saya bagi pihak
persatuan mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang sudi datang dari jauh
mahupun dekat untuk Mesyuarat Agung kali ini.
Sebagai
ahli persatuan, adalah menjadi kewajipan kita untuk hadir di dalam mesyuarat
agung. Tanggungjawab ahli juga untuk membayar yuran tahunan, menambah ahli
baru, memperkasakan persatuan hingga disegani lawan dan kawan serta menghadiri
semua program anjuran persatuan. Kita juga mesti faham tentang perjuangan
persatuan yang utama iaitu untuk untuk mendaulat dan menanam rasa cinta
kepada kebudayaan pusaka asli bangsa Melayu selaras dengan teras dasar
kebudayaan kebangsaan
Seseorang
ahli silat pula, kita mestilah mahir dalam semua pelajaran Silat Cekak. Ahli
silat juga mesti faham asas-asas tauhid, tahyul dan khurafat serta jelas
mengenai sanad atau salasilah perguruan. Bagi melengkapkan ahli silat, beliau
juga mesti menghayati dan mengamalkan kesemua pantang larang yang ada di dalam
Silat Cekak.
Kombinasi
sebagai ahli persatuan dan ahli silat yang ada pada kita oleh YM Guru Utama
telah mendidik kita melengkapkan diri menempuh dunia dan akhirat melalui “jalan
silat”. Jika mahir bab persatuan, kita di didik sentiasa bekerja keras,
beramanah, bertanggungjawab serta
komitmen yang tinggi dalam melaksanaakan tugas. Jika mahir bab persilatan, kita
dididik dengan asuhan Iman, Islam dan Ihsan, menjadi manusia yang mempunyai
akhlak yang murni serta taat kepada tiga
insan paling berjasa iaitu Guru, Ibu dan Bapa.
Begitu
cantik apa yang telah diigarapkan olehYM Allahyarham Ustaz Hj. Hanafi bin Hj.
Ahmad dan diteruskan oleh YM Guru Utama.
Kombinasi yang pada pandangan saya dapat mempersiapkan diri kita jasmani dan
rohani. Luaran dan dalaman. Inilah yang dikatakan modal insan cara “orang
silat”. Setiap elemen iaitu elemen persatuan
dan persilatan hendaklah diseimbangkan hingga menjadi sebati dengan darah
daging kita yang perlu kita amalkan bersunguh-sungguh dalam kehiupan kita.
Semoga
dengan asuhan dari kombinasi yang terbaik ini dapat menyediakan diri kita
menyahut panggilan YM Guru Utama ke “The
Largest Martial Art Display” pada tahun 2015.
Satu program persembahan terbesar di dunia yang mempunyai serampang tiga
mata iaitu memperkenalkan SCUH secara total, menguburkan musuh diluar dan
didalam dan menjadikan SCUH sebagai silat nasional.
Saya
menyeru kepada semua ahli, buktikanlah bahawa SCUH mampu mencatat sejarah dunia pada tahun
2015. Buktikan juga Silat Melayu mempunyai tinggi mutunya yang setanding dengan
seni bela diri luar. Marilah kita menjayakan segala agenda yang diilhamkan oleh
YM Guru Utama dengan slogan “1 SUARA 1 HATI” demi untuk memertabatkan silat
kita kepuncak kegemilangan warisan Melayu “Tak lapuk dek hujan dan tak lekang
dek panas". Sekian, terima kasih.
Zakaria bin
Mat
Yang Dipertua
Persatuan
Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi Negeri Kedah
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.