Saturday 18 February 2012

Kem Wajadiri SM Jenan 2012

WANG TEPUS - Seramai 57 pelajar Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra telah berkampung di Kem D'Tepus bagi menjayakan program Kem Wajadiri. Kem ini disertai oleh anggota Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi SM Jenan dan Kelab Taekwando SM Jenan. Kem berlangsung sepanjang dua hari iaitu pada 17 dan 18 Februari 2012.


Objektif utama kem ini adalah sebagai orientasi kepada pelajar-pelajar tingkatan satu yang menyertai kelab dan merapatkan silaturahim antara dua kelab paling aktif di SM Jenan. Antara modul pengisian kem adalah jungle trekking, memancing, kuliah maghrib dan modul LDK iaitu Teknik Persembahan.


Di pihak Silat Cekak Ustaz Hanafi, modul persembahan dikendalikan oleh Ketua Unit Persembahan, En Izam Shazry bin Idris dan dibantu oleh En Mohd Lutfi bin Radzi dan En Yusof bin Ibrahim. Beberapa teknik persembahan dikongsikan termasuk aspek raut wajah, ekspressi muka dan teknik fokus dalam persembahan. 



Pihak PSSCPHNK mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Rabitah Abd Wahab dan Cikgu Rosmawati, guru penasihat persatuan diatas kesudian menganjurkan kem ini. Koleksi gambar boleh diliha di SINI .

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.