Saturday 18 February 2012

Kem Wajadiri SM Jenan 2012

WANG TEPUS - Seramai 57 pelajar Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra telah berkampung di Kem D'Tepus bagi menjayakan program Kem Wajadiri. Kem ini disertai oleh anggota Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi SM Jenan dan Kelab Taekwando SM Jenan. Kem berlangsung sepanjang dua hari iaitu pada 17 dan 18 Februari 2012.


Objektif utama kem ini adalah sebagai orientasi kepada pelajar-pelajar tingkatan satu yang menyertai kelab dan merapatkan silaturahim antara dua kelab paling aktif di SM Jenan. Antara modul pengisian kem adalah jungle trekking, memancing, kuliah maghrib dan modul LDK iaitu Teknik Persembahan.


Di pihak Silat Cekak Ustaz Hanafi, modul persembahan dikendalikan oleh Ketua Unit Persembahan, En Izam Shazry bin Idris dan dibantu oleh En Mohd Lutfi bin Radzi dan En Yusof bin Ibrahim. Beberapa teknik persembahan dikongsikan termasuk aspek raut wajah, ekspressi muka dan teknik fokus dalam persembahan. 



Pihak PSSCPHNK mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Rabitah Abd Wahab dan Cikgu Rosmawati, guru penasihat persatuan diatas kesudian menganjurkan kem ini. Koleksi gambar boleh diliha di SINI .

Pertandingan Bowling SCUH Zon Utara 2012

PERAI - Satu pertandingan bowling telah dianjurkan oleh Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi Pulau Pinang bertempat di Megamall Prai. Disertai lebih 21 kumpulan dari seluruh Negeri Pulau Pinang, Perak dan Kedah. PSSCPHNK diwakili oleh 4 kumpulan iaitu Team Tangan Emas mewakili Majlis Pengurusan Negeri, Team ZAS, Srikandi Terakhir Melayu dan Running Man dari UiTM Kedah.


Pembukaan perasmian dirasmikan oleh Tuan Shahrulnizam Jantan dan perasmian penutup oleh Tuan Jamaluddin bin Hj Hanafi. Dalam ucapan penutup, Tuan Jamaluddin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur dan semua yang menyertai. Program sebegini amat bagus diteruskan bagi mengeratkan silaturrahim dan meningkatkan kecergasan pesilat.


Pihak PSSCPHNK mengucapkan tahniah kepada En Wan Khairulnaim bin Wan Harun yang memenangi kategori Jatuhan Pin Tertinggi dan Team Tangan Emas yang menjadi Naib Johan keseluruhan. Yang Dipertua PSSCPH Pulau Pinang dalam pertemuan berkata program ini boleh dijadikan acara tahunan memandangkan sambutan yang memuaskan.Tahniah buat penganjur dan para pemenang. Koleksi gambar pertandingan sini



Keputusan Penuh Pertandingan Bowling Tenpin SCUH Zon Utara 2012


Johan - Pelepah Pinang (SCUH P.Pinang)
Naib Johan - Tangan Emas (SCUH Kedah)
Ketiga - Silver Lading Lintau (SCUH Perak)


Jatuhan Pin TertinggiPelepah Pinang (SCUH P.Pinang)
Jatuhan Pin Tertinggi (Individu) - Wan Khairulnaim Wan Harun (Tangan Emas-SCUH Kedah)
Anugerah Khas Semangat Juang Tertinggi - Jangan Buli Kami (SCUH P.Pinang)

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1433H


ALOR SETAR - Usaha untuk mendekatkan lagi Silat Cekak Ustaz Hanafi (SCUH), terus digiatkan lagi dengan Program Sambutan Maulidurrasul 1433H di Masjid Rafeah, Taman Uda , Alor Setar pada 18 Februari  2012.

SCUH Kedah diketuai Pegawai Komunikasi  En Ahmad Faiz bersama ahli-ahli SCUH KUIN bergambar  bersama Jawatankuasa Kariah Masjid Taman Uda pada sesi sebelah pagi sambutan

Sebahagian daripada penduduk setempat yang hadir 

Sambutan bermula dari jam 8:30 pagi hingga 9:00 malam disertai kira-kira 300 orang yang terdiri daripada ahli-ahli SCUH dan penduduk setempat. Aktiviti pertandingan azan iqamat, khutbah, marhaban, perarakan dan ceramah telah memeriahkan lagi sambutan tersebut.

Perarakan Sambutan Maulidurrasul yang disertai kira-kira 50 orang

Pihak Jawatankuasa Kariah Masjid juga telah melahirkan rasa gembira dengan sumbangan kambing aqiqah daripada SCUH Kedah pada program tersebut. 


Wednesday 15 February 2012

Mini Karnival JOM SILAT(tm) Kolej Universiti INSANIAH



ALOR SETAR -  Dengan idea yang bernas dari  barisan muda SCUH KUIN, satu program yang dinamakan Mini Karnival JOM SILAT (tm) berjaya dianjurkan pada 8 Januari 2012 di dalam suasana sederhana tetapi meriah di Dewan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Kolej Universiti INSANIAH (KUIN)


Program ini diserikan dengan demonstrasi Jom SILAT Crew KUIN, pameran dari kelab-kelab di dalam KUIN, pameran senjata, gerai-gerai jualan, persembahan nasyid, tiupan seruling, deklamasi sajak dan sesi forum bertajuk Relevannya Silat dari Kacamata Islam.  

Gambar-gambar sekitar Mini Karival Jom Silat (tm) KUIN yang sempat dirakam

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Komunikasi SCUH Kedah, Encik Ahmad Faiz Bin Abdullah Sani.

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada Persatuan Seni Silat Cekak Kolej Universiti INSANIAH diatas komitmen yang diberikan. Semoga Silat Cekak Ustaz Hanafi akan terus berkembang di bumi bertuah Negeri Kedah, khususnya.

Persembahan Silat Cekak Ustaz Hanafi di 8th International Booktown Festival, Langkawi


LANGKAWI - Silat Cekak Ustaz Hanafi (SCUH) Negeri Kedah telah diberikan penghormatan untuk membuat persembahan pembukaan rasmi 8th International Booktown Festival bersempena Mesyuarat Agung Tahunan International Organisation of Booktowns di Kampung Buku Langkawi dari 13 hingga 16 Februari 2012. Pameran dan persidangan selama empat hari telah diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya demo silat SCUH, pameran, seminar, pertandingan sajak, pertandingan bercerita peringkat sekolah dan 'Book Hunt' selain pameran koleksi bacaan daripada peserta. 



Jom SILAT Crew KUIN bersama Pengarah HEP KUIN Ustaz Baihakhi ( berdiri lima dari kiri), Pengurus Asrama KUIN Stargate En Musa dan Pegawai Komunikasi SCUH Kedah En Ahmad Faiz

Seramai 12 orang ahli Silat Cekak Ustaz Hanafi  dari Kolej Universiti INSANIAH telah mempamerkan demonstrasi silat sehingga mengagumkan para peserta yang terdiri dari delegasi luar negara, pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri  dan penduduk tempatan. YAB Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Setia Diraja Dato’ Seri Azizan Abdul Razak telah menyempurnakan upacara perasmian tersebut.


YAB Menteri Besar ketika hadir ke majlis perasmian 

YAB Menteri Besar sedang menyampaikan ucapan perasmian
Semoga dengan demonstrasi Silat Cekak Ustaz Hanafi ini dapat membuka ruang dan peluang kearah pembukaan kelas latihan di Langkawi, khususnya.



Persembahan Silat Cekak Ustaz Hanafi di Program Teratak Melayu di RTM Kuala Kedah


KUALA KEDAH - Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi KUIN telah dijemput untuk mengadakan persembahan dalam satu program dinamakan "Teratak Melayu". Seramai 13 pesilat telah menjayakan persembahan tersebut.

Program adalah anjuran Diploma Pengurusan Pejabat, Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar bertempat di Dewan Besar, Radio dan Television Malaysia Kuala Kedah. Tahniah diucapkan kepada JOM SILAT CREW KUIN.

.
Jom Silat Crew KUIN bergambar bersama Pensyarah Kolej PolyTech MARA, En Syukran, YDP SCUH Kedah, En Zakaria Mat, Pengarah Program dan Jemputan Khas, Ustaz Baihakhi dari KUIN.