Sunday 1 January 2012

Persembahan SCUH di Konvensyen Siasatan SPRM 2011

LANGKAWI - Pada 17 November 2011 yang lalu, Silat Cekak Ustaz Hanafi Kedah (SCUH Kedah) telah dijemput oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mempersembahkan SCUH di Konvensyen Siasatan SPRM 2011 di salah satu hotel terkemuka di Padang Mat Sirat. Kontigen diketuai oleh Yang Dipertua, Cikgu Zakaria bin Mat.





Persembahan bermula jam 8.30 malam oleh 10 pesilat. Persembahan dibahagikan kepada dua iaitu persembahan penerangan dan persembahan bermuzik. Semua persembahan dipersembahkan di hadapan Pengarah Siasatan SPRM, Dato' Mustafar Ali yang hadir memeriahkan konvensyen. Turut mengiringi Dato' Mustafar  adalah Pengarah-pengarah Negeri dan Pegawai Kanan yang lain. Hadirin dianggarkan seramai 200 orang memenuhi ruang dewan dan mereka amat teruja dengan persembahan silat terutama persembahan dari pesilat wanita dan persembahan khas parang lading.




Dato' Mustafar yang ditemui berkata, beliau amat menyukai persembahan ini dan memberikan beberapa cadangan agar lebih ramai belia menyertai kegiatan positif ini yang dilihat mampu membentu jatidiri yang kukuh di kalangan mereka. Dikesempatan itu, Cikgu Zakaria Mat menjemput Dato' Mustafar dan seluruh anggota SPRM hadir ke program JOM SILAT 2015 - The Largest Martial Art Display yang bakal diadakan pada 2015 nanti. Cikgu Zakaria ketika ditemui juga berkata, SCUH Kedah berterima kasih kepada Penyelaras Konvensyen, En Saiful Ezral yang banyak membantu sepanjang persembahan.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.