Friday 30 December 2011

Istiadat Kawalan Kehormatan dan Perbarisan




ANAK BUKIT- Seramai 41 pesilat Silat Cekak Ustaz Hanafi Negeri Kedah telah menjayakan Istiadat Kawalan Kehormatan dan Perbarisan sempena perlantikan KDYMM Tuanku Sultan Kedah sebagai YDP Agong ke-14.  Kontigen diketuai oleh Pemangku Pegawai Komunikasi Korporat SCUH, saudara Ahmad Faiz bin Abdullah Sani.

Perbarisan bermula jam 7.00 pagi dimulakan dengan keberangkatan keluar  Tuanku Sultan bersama Sultanah dari Istana Anak Bukit ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim. Majlis diserikan dengan persembahn kebudayan dan lintas hormat pasukan keselamatan. Istiadat berakhir kira-kira jam 7.45 pagi. Dianggarkan seramai 30,000 orang memenuhi sepanjang jalan terdiri daripada pertubuhan belia, persatuan, kakitangn kerajaan dan penduduk setempat. Rakyat Kedah amat berbangga kerana ini kali kedua Tuanku Sultan Kedah ditabalkan menjadi YDP Agung setelah kali pertama pada tahun 1970-1975.

Dengan menggayakan pakaian istiadat Silat Cekak ustaz Hanafi, pesilat amat bersemangat menjayakan istiadat ini tambahan pula kata-kata semangat diberikan oleh YM Syeikh Hj M Radzi bin Hj Hanafi Al-Qadahi, "Silat berdaulat bersama Sultan yang Berdaulat. Hidup Silat Cekak Ustaz Hanafi di bumi berdaulat". En Ahmad Faiz ketika ditemui berkata, SCUH Kedah berterima kasih kepada Setiausaha Majlis Belia Negeri Kedah, Encik Aizad Roslan selaku moderator NGO yang banyak membantu persatuan sepanjang istiadat berlangsung.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.