Wednesday, 25 January 2012

Laporan Bengkel P&P Tenaga Pengajar 2012


ALOR SETAR – Seramai 42 orang tenaga pengajar termasuk lima dari SCUH Pulau Pinang dan tiga dari SCUH Perlis telah menghadiri Bengkel Pengajaran & Pembelajaran Silat Cekak Ustaz Hanafi Negeri Kedah Siri 2 yang diadakan pada Isnin lepas di Kolej Universiti INSANIAH. Bengkel ini dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran dan Latihan SCUH Negeri Kedah dengan kerjasama Persatuan Seni Silat Cekak KUIN.

Bengkel turut dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Pengarah MARA Perlis, Tuan Jamaluddin bin Hj Hanafi yang memberikan ceramah mengenai asas-asas yang perlu dikuasai oleh tenaga pengajar dan etika ketika mengajar. Kandungan lain bengkel adalah menyampaikan Tatacara Pengajaran SCUH kepada peserta agar setiap pengajaran dan pembelajaran silat di seluruh Kedah adalah seragam dan teratur.

Sementara itu di SUNGAI PETANI, Bengkel Pengajaran & Pembelajaran Silat Cekak Ustaz Hanafi Negeri Kedah Siri 1 berjaya dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi UiTM Kedah pada 15 Januari yang lalu. Bengkel ini turut dimeriahkan dengan ceramah mengenai Etika Tenaga Pengajar yang disampaikan oleh Pengarah Kemas Pulau Pinang, Tuan Shahrulnizam Jantan.

Seramai 31 peserta terdiri daripada tenaga pengajar dari kelas sekitar Sungai Petani dan Kulim. Peserta didedahkan teknik pengajaran kelas di peringkat asas, jatuh , potong dan tamat serta sedikit latihan buah-buah silat bagi memantapkan kemahiran tenaga pengajar.

Yang Dipertua SCUH Negeri Kedah, En Zakaria bin Mat dalam ucapan penutupnya berharap dengan bengkel ini, pengajaran SCUH dapat diselaraskan dan dipertingkatkan mutunya. Beliau juga menyeru supaya keahlian di setiap kelas ditambah bagi mencapai sasaran kempen JOM SILAT 2015.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.