Tuesday 24 December 2013

MAKAN MALAM TAHUNAN 2013 SCPH KEDAH


Alor Setar - Seramai 60 orang ahli daripada seluruh kelas di negeri Kedah telah menghadiri program Makan Malam Tahunan 2013 bertempat di Hotel Regency, Alor Setar.

Tetamu kehormat pada malam itu, Tuan Syed Kholid b. Syed Hanafi Pengurus Operasi Yayasan Pembangunan Masyarakat Kubang Pasu telah melancarkan Kempen MySilat 2015 peringkat negeri Kedah. Turut hadir Encik Zakaria b. Mat Yang Dipertua PSSCPUHNK, Encik Jamaludin@Sukri b. Hj Hanafi Timbalan Pengarah MARA Kedah dan Encik Ku Iskandar b. Ku Saad Presiden Majlis Belia Malaysia Negeri Kedah.

Majlis dimeriahkan dengan persembahan Silat Cekak Pusaka Hanafi, montaj silat, Anugerah Jasa Cemerlang SCPH Kedah kepada Encik Azman b. Salleh dan Encik Mohd Shahrin b. Mustapa, cabutan bertuah dan taklimat MySilat oleh Pengerusi MySilat2015 Negeri Kedah.

Tahniah diucapkan kepada urusetia program yang diketuai oleh Cik Nurliyana bt. Mohd Nizar diatas kejayaan penganjuran program tersebut.


Ucapan Aluan daripada YDP SCPH Kedah 

Ucapan Perasmian oleh Tuan Syed Kholid Syed Hanafi

 
Perasmian Kempen MySilat2015 Peringkat Negeri Kedah

Monday 4 November 2013

PROGRAM SANTAI BERSAMA YM PEWARIS MUTLAK SILAT CEKAK



YAN  1 Nov. -  Tiupan kata-kata semangat dan motivasi oleh Pewaris Mutlak Silat Cekak YM Syeikh DR Hj Md Radzi Bin Hj Hanafi pada satu program bersama kira-kira seramai 40 orang ahli Silat Cekak Pusaka Hanafi (SCPH) Negeri Kedah di Pusat Latihan SCPH Guar Chempedak berjaya menguatkan lagi azam dan iltizam ke arah menjayakan misi MySilat 2015 nanti.

Program yang turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Yang Dipertua SCPH Negeri Kedah En. Zakaria bin Mat dan Yang Dipertua SCPH Negeri Perlis En. Mohamad Fauzi bin Jusoh.

Suntikan semangat daripada YM Pewaris Mutlak Silat Cekak DR Hj Md Radzi Bin Hj Hanafi ( dua dari kanan ). Turut hadir bersama YDP SCPH Kedah En Zakaria Mat ( kanan sekali ) dan Setiausaha Majlis Penyelia SCPH Negeri Kedah En Ahmad Akibi Abdullah ( tiga dari kanan )

Pada program tersebut YM Pewaris Mutlak Silat Cekak telah menzahirkan perasaan optimis beliau terhadap negeri-negeri di zon utara Semenanjung mampu mencapai sasaran jumlah peserta yang telah ditetapkan untuk program MySilat 2015 nanti sekaligus melahirkan modal insan bertaraf dunia.


Dari kanan : Bendahari SCPH Kedah En Shamsulbadri Ishak, Setiausaha SCPH Kedah En Mohamad Faiz Kasim & Pen. Bendahari SCPH Kedah En Ahmad Safuan Abd Halid 


Sebahagian daripada ahli-ahli pendokong SCPH Kedah yang hadir. Turut hadir bersama YDP SCPH Perlis En Mohamad Fauzi Jusoh (tiga dari kiri)

Tuesday 22 October 2013

Bengkel MySilat Siri 1


Jitra 19 Okt 2013 - Dalam usaha untuk memperkasakan lagi kempen MySilat 2015, pihak Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Negeri Kedah dengan kerjasama Persatuan Seni Silat Cekak POLIMAS telah mengadakan program Bengkel MySilat Siri 1 bertempat di Dewan Kuliah 1 Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS) pada 19 Oktober 2013 yang lepas.

Kehadiran seramai 22 orang yang terdiri daripada pimpinan Silat Cekak Pusaka Hanafi (SCPH) di Pusat Pengajian Tinggi iaitu POLIMAS, Universiti Teknnologi MARA Kampus Merbok, Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) Kampus Mergong dan KUIN Kampus Kuala Ketil.

Program selama sehari tersebut telah dimulai dengan slot Penerangan Kempen MySilat oleh Pengerusi Sekretariat MySilat Negeri Kedah, Encik Ahmad Faiz Bin Abdullah Sani diikuti dengan slot kedua Pengurusan Persatuan SCPH di Pusat Pengajian Tinggi oleh Setiausaha SCPH Kedah, Encik Mohamad Faiz Bin Kasim. Bagi slot ketiga dengan tajuk Peranan Komunikasi Korporat Dalam Kempen MySilat pula telah disampaikan oleh Ketua Komunikasi Korporat Negeri, Encik Mohamad Yusof Bin Ibrahim.

Penerangan MySilat

Slot Pengurusan Persatuan SCPH di PPT oleh Setiausaha SCPH Kedah


Para peserta khusyuk mendengar penerangan yang disampaikan


Slot Peranan Komunikasi Korporat dalam MySilat oleh Ketua Komunikasi Korporat SCPH Kedah


Sebahagian daripada pimpinan SCPH di Pusat Pengajian Tinggi yang hadir


Ucapan Perasmian Penutup Program oleh YDP SCPH Kedah 

Atucara Perasmian Penutupan program telah disempurnakan oleh Yang Dipertua SCPH Kedah Encik Zakaria Bin Mat.

Sesi Bergambar bersama YDP SCPH Kedah

Tahniah dan syabas diucapkan kepada urusetia program di atas penganjuran program tersebut. Semoga kehadiran para peserta ke program ini beroleh manfaat yang dapat digunakan ke arah mencapai visi dan misi program MySilat.


 

Sunday 25 August 2013

JAMUAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI PERINGKAT NEGERI KEDAH 2013


23 Ogos 2013 - Seramai 60 orang ahli-ahli Silat Cekak Pusaka Hanafi (SCPH) seluruh negeri Kedah telah menghadiri program Jamuan Hari Raya di Dewan Serbaguna Blok B, Bangunan Hal Ehwal Akademik 2, UiTM Merbok di sini pada hari ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan selawat dan doa. Para hadirin menikmati pelbagai juadah seperti lemang, ketupat, rendang, lontong, koey teow goreng, sate dan biskut raya yang telah disediakan secara "port luck" daripada ahli-ahli yang hadir.

Ucapan daripada Presiden SCPH UiTM Merbok Saudara Ahmad Izzudin, Yang Dipertua SCPH Kedah Encik Zakaria Mat dan Penasihat SCPH UiTM Merbok Cik Maisarah Abd Rahim mengisi slot ucapan.

Sesi penyampaian tauliah tenaga pengajar kepada ahli-ahli SCPH UiTM telah disampaikan oleh YDP SCPH Kedah. Majlis telah diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada YDP SCPH Kedah oleh Presiden SCPH UiTM Merbok.   

Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Penyelia SCPH UiTM Merbok Encik Ahmad Safuan A.Halid dan urusetia yang terlibat di dalam penganjuran program tersebut.

Antara ahli-ahli yang hadir
Penyelia SCPH UiTM Kedah En Ahmad Safuan A.Halid (kiri) bersama YDP SCPH Kedah En Zakaria Mat (kanan)
Ucapan Presiden SCPH UiTM Merbok Sdr Ahmad Izzudin

Ucapan YDP SCPH Kedah En Zakaria Mat

Penyampaian tauliah tenaga pengajar SCPH

Penyampaian cenderahati kepada YDP

Penyampaian cenderahati kepada Penasihat

Sunday 21 April 2013

KURSUS TENAGA PENGAJAR TAHAP 1 ZON UTARA



SUNGAI PETANI 20 April 2013 -  Usaha ke arah pemantapan kemahiran persilatan dan silibus Silat Cekak Ustaz Hanafi di kalangan tenaga pengajar Silat Cekak Ustaz Hanafi diteruskan lagi dengan penganjuran Kursus Tenaga Pengajar Tahap 1 Zon Utara yang telah dihadiri seramai kira-kira 60 orang tenaga pengajar Silat Cekak Ustaz Hanafi dari negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak pada hari Sabtu 20 April 2013. 

Kursus selama sehari yang dianjurkan oleh Majlis Perguruan dan Persilatan Silat Cekak Ustaz Hanafi (MPP) Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia (PSSCPUHM) dengan kerjasama Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Negeri Kedah (PSSCPUHK)telah diadakan di Dewan Sekolah Menengah Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang. 

Selain daripada pengisian slot persilatan sepanjang kursus tersebut, para tenaga pengajar juga memperolehi pengalaman berharga melalui slot ceramah "Tanggungjawab dan Amanah Tenaga Pengajar" yang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato' Mohd Rauhi Bin Mohd Isa yang merupakan Penerima Anugerah Khas Guru Utama dan mantan Pengarah Pelajaran Negeri Perak.

Perasmian penutup kursus tersebut telah dilakukan oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar, Tuan Haji Ismail Bin Othman mewakili Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan, Tuan Haji Abd. Razak Bin Mat yang tidak dapat hadir.   

Tahniah dan syabas kepada Setiausaha MPP PSSCPUHM Encik Zamri Bin Hasan, para fasilitator MPP PSSCPUHM, Setiausaha Majlis Penyelia Cawangan PSSCPUHK Encik Ahmad Akibi Abdullah dan para urusetia kursus atas kejayaan penganjuran kursus tersebut.

Penerangan kepada para Penyelia dan Jurulatih kelas oleh Ketua Fasilitator En Zainul Abidin Bin Hj Hanafi

Sesi regangan bersama para fasilitator bersama para Pembantu Jurulatih & Pembantu Jurulatih Percubaan yang diketuai oleh En Fauzi Bin Nawi

Ceramah "Tanggungjawab dan Amanah Tenaga Pengajar" oleh YBhg Dato' Mohd Rauhi Bin Md Isa

Sesi Perasmian Penutupan Kursus oleh Tuan Pengetua SMK Sg Layar
Sesi Bergambar