Tuesday 22 October 2013

Bengkel MySilat Siri 1


Jitra 19 Okt 2013 - Dalam usaha untuk memperkasakan lagi kempen MySilat 2015, pihak Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Negeri Kedah dengan kerjasama Persatuan Seni Silat Cekak POLIMAS telah mengadakan program Bengkel MySilat Siri 1 bertempat di Dewan Kuliah 1 Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS) pada 19 Oktober 2013 yang lepas.

Kehadiran seramai 22 orang yang terdiri daripada pimpinan Silat Cekak Pusaka Hanafi (SCPH) di Pusat Pengajian Tinggi iaitu POLIMAS, Universiti Teknnologi MARA Kampus Merbok, Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) Kampus Mergong dan KUIN Kampus Kuala Ketil.

Program selama sehari tersebut telah dimulai dengan slot Penerangan Kempen MySilat oleh Pengerusi Sekretariat MySilat Negeri Kedah, Encik Ahmad Faiz Bin Abdullah Sani diikuti dengan slot kedua Pengurusan Persatuan SCPH di Pusat Pengajian Tinggi oleh Setiausaha SCPH Kedah, Encik Mohamad Faiz Bin Kasim. Bagi slot ketiga dengan tajuk Peranan Komunikasi Korporat Dalam Kempen MySilat pula telah disampaikan oleh Ketua Komunikasi Korporat Negeri, Encik Mohamad Yusof Bin Ibrahim.

Penerangan MySilat

Slot Pengurusan Persatuan SCPH di PPT oleh Setiausaha SCPH Kedah


Para peserta khusyuk mendengar penerangan yang disampaikan


Slot Peranan Komunikasi Korporat dalam MySilat oleh Ketua Komunikasi Korporat SCPH Kedah


Sebahagian daripada pimpinan SCPH di Pusat Pengajian Tinggi yang hadir


Ucapan Perasmian Penutup Program oleh YDP SCPH Kedah 

Atucara Perasmian Penutupan program telah disempurnakan oleh Yang Dipertua SCPH Kedah Encik Zakaria Bin Mat.

Sesi Bergambar bersama YDP SCPH Kedah

Tahniah dan syabas diucapkan kepada urusetia program di atas penganjuran program tersebut. Semoga kehadiran para peserta ke program ini beroleh manfaat yang dapat digunakan ke arah mencapai visi dan misi program MySilat.


 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.