Sunday 25 August 2013

JAMUAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI PERINGKAT NEGERI KEDAH 2013


23 Ogos 2013 - Seramai 60 orang ahli-ahli Silat Cekak Pusaka Hanafi (SCPH) seluruh negeri Kedah telah menghadiri program Jamuan Hari Raya di Dewan Serbaguna Blok B, Bangunan Hal Ehwal Akademik 2, UiTM Merbok di sini pada hari ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan selawat dan doa. Para hadirin menikmati pelbagai juadah seperti lemang, ketupat, rendang, lontong, koey teow goreng, sate dan biskut raya yang telah disediakan secara "port luck" daripada ahli-ahli yang hadir.

Ucapan daripada Presiden SCPH UiTM Merbok Saudara Ahmad Izzudin, Yang Dipertua SCPH Kedah Encik Zakaria Mat dan Penasihat SCPH UiTM Merbok Cik Maisarah Abd Rahim mengisi slot ucapan.

Sesi penyampaian tauliah tenaga pengajar kepada ahli-ahli SCPH UiTM telah disampaikan oleh YDP SCPH Kedah. Majlis telah diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada YDP SCPH Kedah oleh Presiden SCPH UiTM Merbok.   

Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Penyelia SCPH UiTM Merbok Encik Ahmad Safuan A.Halid dan urusetia yang terlibat di dalam penganjuran program tersebut.

Antara ahli-ahli yang hadir
Penyelia SCPH UiTM Kedah En Ahmad Safuan A.Halid (kiri) bersama YDP SCPH Kedah En Zakaria Mat (kanan)
Ucapan Presiden SCPH UiTM Merbok Sdr Ahmad Izzudin

Ucapan YDP SCPH Kedah En Zakaria Mat

Penyampaian tauliah tenaga pengajar SCPH

Penyampaian cenderahati kepada YDP

Penyampaian cenderahati kepada Penasihat

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.