Thursday 26 April 2012



SUNGAI PETANI - Program JOM PAKAT KENDURI telah berjaya diadakan pada 26 April 2012 bertempat di rumah NYDP 2 PSSCPUH Negeri Kedah, En Anizat Bin Ahmad, Bandar Laguna Merbok Sg Petani Kedah. Sambutan sederhana tetapi meriah itu telah dihadiri oleh kira-kira 20 orang ahli yang turut disertai oleh YDP PSSCPUH Negeri Kedah En Zakaria Bin Mat seisi keluarga.



YDP PSSCPUH Negeri Kedah En Zakaria Mat (dua dari kiri) dan NYDP 2  En Anizat Ahmad (paling kiri) bersama sebahagian daripada ahli-ahli yang hadir




Program yang bermula pada jam 9:30 malam itu telah dimulai dengan bacaan tahlil ringkas yang diketuai oleh En Shahrin Bin Mustapa. 




Sesi seterusnya telah disempurnakan oleh En Anizat Bin Ahmad dengan berkongsi pengalaman dan tiupan kata-kata semangat supaya hadirin terus aktif menyumbangkan bakti kepada perjuangan silat ini.





Selepas itu hadirin telah dihidangkan dengan jamuan yang enak oleh tuan rumah En Anizat Bin Ahmad. 



Monday 23 April 2012

Wednesday 11 April 2012

Amaran Tsunami di Malaysia

Assalamualaikum kepada ahli ahli SCUH di Utara semenanjung dan seluruh Malaysia. Mohon ambil perhatian mengenai amaran tsunami yang dikeluarkan.


"Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9:11 PM dan Port Dickson pada 2:10 AM. 

SEKIRANYA TSUNAMI BERLAKU : Jauhkan diri anda dari pantai. "





SILA ALERT KEPADA SAUDARA MARA DAN RAKAN_RAKAN.

Terima kasih.

Monday 9 April 2012

Wajadiri SCUH 2012 Negeri Sembilan

7 April 2012 - Pertandingan Wajadiri tahun ini dianjurkan oleh Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Negeri Kedah berjaya menghimpunkan lebih 4000 pesilat dari seluruh negara. SCUH Kedah tidak ketinggalan menghantar lapan kontigen untuk turut sama memeriahkan acara tahunan ini.


Bertempat di Center Court, Paroi Jaya, hampir 80 kontinjen  dari seluruh Malaysia mengambil bahagian bermula jam 9 pagi dan berakhir kira-kira 5.30 petang. Pihak PSSCPHNK mengucapkan tahniah kepada kontigen SMK Guar Chempedak yang berjaya membawa balik pingat emas dalam kategori Serangan Kaki (Lelaki). Ucapan tahniah diucapkan kepada kontigen lain kerana berani mengambil bahagian seperti mana ucapan YDP

"Terima kasih kepada semua kontigen (peserta dan pengiring peserta ) dari Kedah yang terlibat dalam Kejohanan Wajadri Peringkat IPT dan Sekolah di Kompleks Sukan Paroi. Tahniah kepada pemenang pingat. Tahniah juga kepada semua peserta yang berani membuat persembahan. Teruskan perjuangan di Negeri Kelantan Tahun 2013 dan Negeri Sabah Tahun 2014."



Keistimewaan tahun ini juga adalah dengan kesudian YTM Dato Undang Sungei Ujong yang sudi mencemar kaus merasmikan penutupan pertandingan.  Ini adalah julung-julung kalinya kerabat diraja hadir di dalam program anjuran SCUH.

Tahun 2013 menyaksikan Negeri Kelantan dipilih menjadi tuan rumah dan diumumkan juga Tahun 2014 , Negeri Sabah dipilih menjadi tuan rumah. Menjadi harapan PSSCPHNK agar semua kontigen dapat bersedia untuk tahun yang mendatang. JOM SILAT!

Ujian Kemahiran Kelas Ko Kurikulum Silat Cekak Ustaz Hanafi

Ujian Kemahiran Kelas Ko Kurikulum Silat Cekak Ustaz Hanafi

30 Mac 2012 - Seramai 21 pelajar yang mengikuti kursus ko kurikulum SCUH telah berjaya menempuh ujian Kemahiran SCUH yang dianjurkan oleh Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi Kedah dan Pusat Ko Kurikulum Kolej Universiti INSANIAH. Ujian ini adalah sebahagian dari markah yang akan dikira dan digredkan berdasarkan sistem pengredan akademik KUIN. 



Disamping itu juga, ujian ini bertujuan menaikkan aras keyakinan para pelajar dalam menghadapi serangan musuh tatkala waktu kecemasan. Ujian ini diketuai oleh Cikgu Shamsulbadri Ishak, Penyelia Kelas KUIN dibantu oleh 5 tenaga penguji dari kalangan tenaga pengajar KUIN. Cikgu Shamsulbadri dalam ucapan penutup menekankan pentingnya sesorang itu memahirkan diri dalam semua buah yang diajar dan bersedia mengaplikasikannya ketika kecemasan.



Di majlis yang sama, beliau turut menyampaikan Sijil Lulus dan Sijil Lulus (Kepujian) kepada calon-calon yang telah menduduki Ujian Teori Satu (Silat Cekak Ustaz Hanafi) dan Ujian Teori Dua (Tahyul dan Khurafat). 


Ujian ini ditawarkan oleh Jabatan Pelajaran dan Latihan PSSCPHNK kepada pesilat di peringkat asas dan jatuh bagi lebih memahami dan menghayati matlamat utama Silat Cekak Ustaz Hanafi. 



Koleksi gambar boleh dilihat di SINI