Tuesday 25 September 2012

Pertandingan Wajadiri SCUH Kebangsaan 2012



16 Sept - Pertandingan Wajadiri Silat Cekak Ustaz Hanafi peringkat Kebangsaan 2012 telah julung kali diadakan pada 16 Sept 2012 bertempat di Kompleks Beli Belah Aeon Setiawangsa. Uniknya pertandingan kali ini ialah melibatkan penyertaan dari setiap negeri dan PSSCPUH Negeri Kedah tidak ketinggalan untuk menyertainya. Kontigen diketuai oleh En Izam Shazry bin Idris dengan peserta seramai 29 orang dan 11 orang penyokong.

Kontigen Negeri Kedah menyertai semua kategori yang dipertandingankan iaitu Kategori Persembahan penerangan, Persembahan Bermuzik dan Adegan Praktikal. Suasana ketika pertandingan amat meriah dan penuh semangat perpaduan dan patriotik. Pasukan Selangor mengondol Johan Keseluruhan dalam pertandingan tahun ini yang dianjurkan sempena Festival Kasih Budaya dan Sambutan Hari Malaysia. 

Pihak PSSCPUH Negeri Kedah mengucapkan jutaan tahniah kepada ahli kontigen yang mewakili Negeri Kedah, barisan penganjur pertandingan dan juga kepada penaja yang menaja pengangkutan. Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan.- Unit Dokumentasi dan Multimedia

Koleksi gambar lain boleh dilihat di SINI

Sunday 23 September 2012

Ujian Sijil Rendah Persilatan 2012




8 Sept - Seramai 19 orang calon dari Negeri Kedah  menduduki ujian teori dan praktikal dalam Ujian Sijil Rendah Persilatan Silat Cekak Ustaz Hanafi bertempat di Arau, Perlis. Kontigen Kedah diketuai oleh Ketua Jabatan Ujian Sijil, En Amar b Abd Rahman. 

Ujian bermula jam 8 pagi dengan sesi taklimat mengenai komponen-komponen ujian oleh Ketua Jabatan Ujian Sijil Persekutuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia dan kemudiannya peserta mula mengambil ujian teori. Ujian praktikal bermula jam 11 pagi.

Pihak PSSCPUH Negeri Kedah mengucapkan tahniah kepada semua calon yang berani mengambil ujian SRP dan juga kepada tenaga-tenaga pengajar yang menduduki Temuduga Tenaga Pengajar yang berlangsung pada hari yang sama. Ucapan tahniah dan setinggi penghargaan juga kepada penganjur yang bertungkus lumus menjayakan program. - Unit Dokumentasi dan Multimedia