Friday 30 December 2011

Istiadat Kawalan Kehormatan dan Perbarisan




ANAK BUKIT- Seramai 41 pesilat Silat Cekak Ustaz Hanafi Negeri Kedah telah menjayakan Istiadat Kawalan Kehormatan dan Perbarisan sempena perlantikan KDYMM Tuanku Sultan Kedah sebagai YDP Agong ke-14.  Kontigen diketuai oleh Pemangku Pegawai Komunikasi Korporat SCUH, saudara Ahmad Faiz bin Abdullah Sani.

Perbarisan bermula jam 7.00 pagi dimulakan dengan keberangkatan keluar  Tuanku Sultan bersama Sultanah dari Istana Anak Bukit ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim. Majlis diserikan dengan persembahn kebudayan dan lintas hormat pasukan keselamatan. Istiadat berakhir kira-kira jam 7.45 pagi. Dianggarkan seramai 30,000 orang memenuhi sepanjang jalan terdiri daripada pertubuhan belia, persatuan, kakitangn kerajaan dan penduduk setempat. Rakyat Kedah amat berbangga kerana ini kali kedua Tuanku Sultan Kedah ditabalkan menjadi YDP Agung setelah kali pertama pada tahun 1970-1975.

Dengan menggayakan pakaian istiadat Silat Cekak ustaz Hanafi, pesilat amat bersemangat menjayakan istiadat ini tambahan pula kata-kata semangat diberikan oleh YM Syeikh Hj M Radzi bin Hj Hanafi Al-Qadahi, "Silat berdaulat bersama Sultan yang Berdaulat. Hidup Silat Cekak Ustaz Hanafi di bumi berdaulat". En Ahmad Faiz ketika ditemui berkata, SCUH Kedah berterima kasih kepada Setiausaha Majlis Belia Negeri Kedah, Encik Aizad Roslan selaku moderator NGO yang banyak membantu persatuan sepanjang istiadat berlangsung.

Saturday 17 December 2011

Merafak Sembah Tahniah


Seluruh warga Silat Cekak Ustaz Hanafi merafak sembah tahniah kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di atas perlantikan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke-XIV. ‘ DAULAT TUANKU ‘

Selamat Datang Ke Laman Blog Cekak Hanafi Negeri Kedah

Selamat datang ke laman blog  Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi Negeri Kedah. Harap maaf atas segala kerumitan atau kekurangan yang terdapat dalam blog ini, kerana kami di pihak pengurusan masih lagi dalam proses untuk memantapkan lagi pengisian dan paparan terbaik untuk kita kongsi bersama. Sekian terima kasih dari kami di pihak pengurusan Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi Negeri Kedah.