YAN 1 Nov. - Tiupan kata-kata semangat dan motivasi oleh Pewaris Mutlak Silat Cekak YM Syeikh DR Hj Md Radzi Bin Hj Hanafi pada satu program bersama kira-kira seramai 40 orang ahli Silat Cekak Pusaka Hanafi (SCPH) Negeri Kedah di Pusat Latihan SCPH Guar Chempedak berjaya menguatkan lagi azam dan iltizam ke arah menjayakan misi MySilat 2015 nanti.
Program yang turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Yang Dipertua SCPH Negeri Kedah En. Zakaria bin Mat dan Yang Dipertua SCPH Negeri Perlis En. Mohamad Fauzi bin Jusoh.
Pada program tersebut YM Pewaris Mutlak Silat Cekak telah menzahirkan perasaan optimis beliau terhadap negeri-negeri di zon utara Semenanjung mampu mencapai sasaran jumlah peserta yang telah ditetapkan untuk program MySilat 2015 nanti sekaligus melahirkan modal insan bertaraf dunia.
Dari kanan : Bendahari SCPH Kedah En Shamsulbadri Ishak, Setiausaha SCPH Kedah En Mohamad Faiz Kasim & Pen. Bendahari SCPH Kedah En Ahmad Safuan Abd Halid |
Sebahagian daripada ahli-ahli pendokong SCPH Kedah yang hadir. Turut hadir bersama YDP SCPH Perlis En Mohamad Fauzi Jusoh (tiga dari kiri) |