Alor Setar - Jabatan Komunikasi Korporat diketuai oleh Pegawai Operasi, En Izam Shazry bin Idris telah berjaya mengadakan pameran dan promosi Silat Cekak Ustaz Hanafi bersempena Karnival Hari Belia Negara peringkat Negeri Kedah DA pada 17 hingga 19 Mei 2012. Sepanjang pameran, turut diserikan dengan tayangan video dan penerangan kepada pengunjung-pengunjung karnival.
Sambutan amat baik diberikan oleh pengunjung. Beberapa ahli yang pernah belajar semasa zaman Allahyarham Cikgu Zulkifli selaku YDP pertama juga hadir memeriahkan suasana. Pegawai Komunikasi Korporat juga telah menjalinkan hubungan baik dengan beberapa NGO yang berminat untuk mewujudkan kelas persilatan sebagai salah satu aktiviti kebudayaan mereka.
Pihak Jabatan Komunikasi Korporat mengucapkan jutaan terima kasih di atas kunjungan pelawat-pelawat, En Aizad Roslan dan En Saharol dari Majlis Belia Negeri Kedah dan semua ahli-ahli yang terlibat sepanjang pameran ini di adakan. koleksi gambar boleh dilihat di SINI